KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LATAR BELAKANG
Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan pada tahun 1957, selepas Malaysia mendapat kemerdekaan. Sekarang ibu pejabat Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk
membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf
dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara Malaysia.
Matlamatnya ialah untuk:
·
melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu
padu
·
melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan, dan sejahtera
·
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan negara
·
memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak,
dan Menteri terkini merupakan
Menteri I Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Menteri II Dato' Seri Idris Jusoh.
Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu
bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak
mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah .
Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan
rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun
persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan
wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan,
ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau
dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
HALATUJU PENDIDIKAN
Perundangan pendidikan
·
1957: The Education Ordinance,
1957
·
1961: Akta Pelajaran, 1961
·
1963: Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 (disemak - 1971)
·
1971: Akta Universiti dan Kolej
Universiti
·
1974: Akta Politeknik Ungku
Omar
·
1980: Akta Majlis Peperiksaan
Malaysia
Laporan-laporan penting
·
1956: Laporan Jawatankuasa
Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)
·
1967: Penyata Jawatankuasa
Perancang Pelajaran Tinggi
·
1973: Laporan Jawatankuasa di
atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
·
1979: Laporan Jawatankuasa
Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
·
1991: Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Latihan
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
·
1957: Mata pelajaran wajib
sekolah rendah dan menengah
·
1970: Bahasa pengantar Darjah 1
·
1975: Semua Sekolah Rendah
Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
·
1976: Bahasa pengantar
Tingkatan 1
·
1979: Bahasa pengantar
Tingkatan VI aliran sastera
·
1980: Bahasa pengantar jurusan
sastera tahun 1 di universiti
·
1981: Bahasa pengantar
tingkatan VI aliran sains
·
1982: Bahasa pengantar semua
peringkat persekolahan
·
1983: Bahasa pengantar semua
kursus di universiti
Peperiksaan Sekolah Rendah
·
1957: MSSEE (Malayan Sec. Sch.
Entrance Exam) dimulakan
·
1963: MSSEE dimansuhkan
·
1967: PDL (Penilaian Darjah 5)
dimulakan
·
1973: UDT (Ujian Darjah 3)
dimulakan
·
1982: UDT dimansuhkan
·
1988: PDL dimansuhkan
·
1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan
Peperiksaan Sekolah Menengah
·
1957: LCE (Lower Certificate of
Education) dimulakan
·
1957: OSC (Overseas Cambridge
Sch Certificate) dimulakan
·
1957: FMC ( Federation of
Malaya Certificate) dimulakan
·
1957: QT ( Qualifying Test)
dimulakan
·
1960: SRP (Sijil Rendah
Pelajaran) dimulakan
·
1961: UK (Ujian Kelayakan)
dimulakan
·
1962: SPPTM (Sijil Pelajaran
Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
·
1964: SPPTM dimansuhkan
·
1964: FMC dimansuhkan
·
1964: MCE (Malaysian Certificate
of Education) dimulakan
·
1964: SPM (Sijil Pelajaran
Malaysia) dimulakan
·
1967: SRP/LCE soalan objektif
mula digunakan
·
1968: OSC dimansuhkan di
Semenanjung Malaysia.
·
1969: SPVM (Sijil Pelajaran
Vokasional Malaysia) dimulakan
·
1976: Peperiksaan Bahasa Melayu
(Julai) dimulakan
·
1976: MCE diambilalih oleh
Lembaga Peperiksaan
·
1982: HSC (Higher School
Certificate Cambridge) dimansuhkan
·
1982: STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)
diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
·
1983: LCE ujian Lisan Bahasa
Melayu dimansuhkan
·
1983: SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
·
1987: Sijil SPVM ditukar kepada
SPM(V)
·
1987: SPM di seluruh Malaysia
dimulakan
·
1991: KHPP (Kemahiran Hidup
Program Peralihan) SRP dimulakan
·
1992: Tahun terakhir bagi SRP
·
1993: PMR (Penilaian Menengah Rendah)
dimulakan
·
1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek.
Menengah) dimulakan
Kurikulum
·
1956: General Syllabuses and
Timetable Committee ditubuhkan
·
1964: General Syllabuses and
Review Committee ditubuhkan
·
1965: Pendidikan Komprehensif
dimulakan
·
1967: Report of the Committee
on Curriculum Planning and Development
·
1973: Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) ditubuhkan
·
1982: KBSR dilaksanakan di 302
buah sekolah rendah sebagai percubaan
·
1983: KBSR dilaksanakan di
semua sekolah rendah
·
1988: Pelaksanaan KBSR
sepenuhnya dicapai
·
1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran
bahasa
·
1989: Pelaksanaan KBSM bermula
untuk mata pelajaran lain
·
1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di
tingkatan 1
·
1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua
sekolah rendah
·
1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di
100 buah sekolah rendah
·
1991: Mata pelajaran Kemahiran
Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
·
1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
·
1992: Mata pelajaran Kemahiran
Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
·
1993: Kemahiran Hidup mula
dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang telah
melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah
rendah
Peperiksaan Khas
·
1964: Penubuhan Unit Pendidikan
Khas
·
1978: Penubuhan Jawatankuasa
Kebangsaan Komunikasi Seluruh
·
1981: Jawatankuasa Antara
Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan
Masyarakat/ Kementerian Kesihatan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta
Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi dan setiausaha)
·
1984: Jawatankuasa Pendaftaran
dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian.
·
1984: Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak
Negeri
·
1984: Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan
·
1985: Penubuhan Unit Perintis
Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
·
1985: Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan
Negara
·
1985: Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh
Kementerian Pendidikan
·
1987: Penubuhan Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
·
1987: Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak
Bermasalah Pembelajaran
·
1988: Arahan Y.B.Menteri
Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan
Autisme Ringan
·
1989: Majlis Perundingan
Pembangunan Masyarakat Negara
·
1991: Lembaga Penasihat
Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan
Khas
·
1993: Jawatankuasa mengkaji
Dasar, Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak
dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas.
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Menteri Pelajaran Malaysia ialah jawatan politik
tertinggi di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menteri pelajaran akan menguruskan pendidikan sekolah di Malaysia. Menteri Pelajaran Malaysia sekarang ialah Tan
Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pelajaran Malaysia ke-16.
SENARAI MENTERI PELAJARAN MALAYSIA ( 1955 - KINI )
Y.A.B Tan Sri Dato' Haji
Muhyiddin bin Mohd Yassin (2009 - kini)
Y.B. Dato' Sri Hishamuddin
bin Tun Hussein (2004-2009)
Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (1995-1999)
Y.B. Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Mohammad
(1999-2004)
Y.B. Dato' Seri Anwar Bin
Ibrahim
(1986-1991)
(1986-1991)
Y.A.B. Dato Seri Abdullah
Bin Hj.Ahmad Badawi
(1984-1986)
(1984-1986)
Y.B. Tan Sri Amar Dr.Sulaiman Bin Hj.Daud
(1981-1984)& (1991-1995)
Y.B. Tan Sri Musa Bin Hitam
(1978-1981)
(1978-1981)
Y.A.B. Tun Dr.Mahathir Bin
Mohamad
(1974-1978)
Y.B. Tan Sri Mohammad Bin Yaacob
(1973-1974)
Y.A.B. Tun Hussein Bin
Onn
(1970-1973)
Y.B. Tun Datuk Patinggi
Hj.Abdul Rahman Bin Ya'kub
(1969-1970)
Y.B. Tan Sri Kapten Hj.
Addul Hamid Khan Bin Hj. Sakhawat Ali Khan
(1962-1964)
Y.B. Dato Abdul Rahman Bin
Talib
(1960-1962)& (1964-1965)
(1960-1962)& (1964-1965)
Y.B. Tan Sri Mohd.Khir Bin
Johari
(1957-1960) & (1965-1969)
(1957-1960) & (1965-1969)
Y.A.B.Tun Abdul Razak Bin
Dato' Hussein
(1955-1957)
(1955-1957)