Wednesday, 18 September 2013

ASAL USUL KEMENTERIAN PELAJARAN


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


LATAR BELAKANG



Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan pada tahun 1957, selepas Malaysia mendapat kemerdekaan. Sekarang ibu pejabat Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di Putrajaya. 
Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. 

Matlamatnya ialah untuk:
·         melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
·         melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
·         menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
·         memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan 
Menteri I Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri II Dato' Seri Idris Jusoh. 

PENDIDIKAN WAJIB
Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah . Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

HALATUJU PENDIDIKAN

Perundangan pendidikan


·         1957: The Education Ordinance, 1957
·         1961: Akta Pelajaran, 1961
·         1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak - 1971)
·         1971: Akta Universiti dan Kolej Universiti
·         1974: Akta Politeknik Ungku Omar

·         1980: Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

Laporan-laporan penting

·         1956: Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)
·         1960: Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960 (Penyata Rahman Talib)
·         1967: Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
·         1973: Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
·         1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
·         1991: Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

·         1957: Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
·         1970: Bahasa pengantar Darjah 1
·         1975: Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
·         1976: Bahasa pengantar Tingkatan 1
·         1979: Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
·         1980: Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
·         1981: Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
·         1982: Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
·         1983: Bahasa pengantar semua kursus di universiti

Peperiksaan Sekolah Rendah



·         1957: MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
·         1963: MSSEE dimansuhkan
·         1967: PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
·         1973: UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
·         1982: UDT dimansuhkan
·         1988: PDL dimansuhkan
·         1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

Peperiksaan Sekolah Menengah



·         1957: LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
·         1957: OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
·         1957: FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
·         1957: QT ( Qualifying Test) dimulakan
·         1960: SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
·         1961: UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
·         1962: SPPTM (Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
·         1964: SPPTM dimansuhkan
·         1964: FMC dimansuhkan
·         1964: MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
·         1964: SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
·         1967: SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
·         1968: OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
·         1969: SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
·         1976: Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
·         1976: MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
·         1982: HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
·         1982: STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
·         1983: LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
·         1983: SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
·         1987: Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
·         1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan
·         1991: KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
·         1992: Tahun terakhir bagi SRP
·         1993: PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
·         1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

Kurikulum

·         1956: General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
·         1964: General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
·         1965: Pendidikan Komprehensif dimulakan
·         1967: Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
·         1973: Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
·         1982: KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
·         1983: KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
·         1988: Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
·         1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
·         1989: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
·         1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
·         1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
·         1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
·         1991: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
·         1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
·         1992: Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
·         1993: Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah

Peperiksaan Khas

·         1964: Penubuhan Unit Pendidikan Khas
·         1978: Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
·         1981: Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi dan setiausaha)
·         1984: Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian.
·         1984: Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
·         1984: Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan
·         1985: Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
·         1985: Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
·         1985: Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
·         1987: Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
·         1987: Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
·         1988: Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan
·         1989: Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
·         1991: Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas
·         1993: Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas.

VISI 

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang 

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 

Menteri Pelajaran Malaysia ialah jawatan politik tertinggi di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menteri pelajaran akan menguruskan pendidikan sekolah di Malaysia. Menteri Pelajaran Malaysia sekarang ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pelajaran Malaysia ke-16.

SENARAI MENTERI PELAJARAN MALAYSIA ( 1955 - KINI )





Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin (2009 - kini)


Y.B. Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein (2004-2009)



Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (1995-1999)



Y.B. Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Mohammad 
(1999-2004)




Y.B. Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim
 (1986-1991)




Y.A.B. Dato Seri Abdullah Bin Hj.Ahmad Badawi
 (1984-1986)




Y.B. Tan Sri Amar Dr.Sulaiman Bin Hj.Daud
 (1981-1984)& (1991-1995)


Y.B. Tan Sri Musa Bin Hitam 
(1978-1981)




Y.A.B. Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad

(1974-1978)



Y.B. Tan Sri Mohammad Bin Yaacob

(1973-1974)



Y.A.B. Tun Hussein Bin Onn

(1970-1973)



Y.B. Tun Datuk Patinggi Hj.Abdul Rahman Bin Ya'kub

(1969-1970)



Y.B. Tan Sri Kapten Hj. Addul Hamid Khan Bin Hj. Sakhawat Ali Khan

(1962-1964)



Y.B. Dato Abdul Rahman Bin Talib 
(1960-1962)& (1964-1965)



Y.B. Tan Sri Mohd.Khir Bin Johari 
(1957-1960) & (1965-1969)



Y.A.B.Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein 
(1955-1957)

ARTIKEL- ARTIKEL YANG BERKAITAN











No comments:

Post a Comment